Assalamualaikum Dan Salam Blogger


Hai semua tahniah kerana anda membuat pilihan yang tepat kerana membuka laman saya ini atau lebih dikenali Menuju Satu Impian .
Nama saya Nur Zafirah Binti Musa dilahirkan 2/6/1987 di Hospital Jerantut dipendekkan cerita saya nie orang Jerantut Pahang.

Impian ku bukan nak jadi model atau penyanyi pun tapi sejak kecil aku sukakan populariti dan Glamour Gitu sebab itu selama 3 tahun nama FB ku dikenali dengan nama Datin Firah tapi kini FB ku dikenali Puteri Insfirah.

Kisah ini adalah kisah-kisah impian saya dari segi dugaan dan cabaran dan juga aktiviti harian saya....
Menuju satu impian hehhehee, kisah impian angan-angan dan rialiti dan azam menuju ke impian yang satu.

Pengikut

Isnin, 18 Februari 2013

Kesan Sampingan Kemalangan Dalam Erti Hidup


Hai Blogger semua ini abah saya ... Nama abah saya Musa Bin Awang Chik,nama glamour abah saya MUSA DJ , nama Facebook Musa Ac . Hari ini mood saya sangat baik, kete saya dah masuk WAD akibat kena langgar kesian kete saya, tapi yang buat mood saya baik , abah saya yang tercinta nie , bagi saya pinjam kete dia, hehehehe, Sayang abah lebihlah, insyaallah alg jaga kete tu baik2 yek.(ayat skema budak sekolah kesan sampingan hentakan).

Hai kawan-kawan terharu hati Elfirah Long hari nie, sebab pengorbanan kedua ibu bapa saya mengorbankan  masa usaha dan pelbagai untuk saya , Jam 7.00 pagi pada 18.2.2013 saya , mak dan abah bertolak ke kuantan menaiki kereta abah, Selesaikan urusan insurans kereta, syukur alhamdulillah semua dokumen lengkap, Tapi luluh hati saya bila terpaksa menghantar mak dan abah Terminal Bus Kuantan , Mak dan abah balik naik bus, Sedih sangat sebab diaorg bagi sy kereta dan diorg balik naik bus, itulah nama pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa....

Jadi dari kemalangan yang firah lalui ini menyedarkan firah betapa besarnya kasih sayang seorang bapa dan ibu itu , Mak abah , love u all.

MY MAK DAN ABAH.
Kasih seorang ibu dan seorang bapa tidak akan sama walaupun ada sejuta kawan dikeliling kita... renungkan lah wahai semua sahabat.

1 ulasan:

nea lopah berkata...

Bertuahnya Elfirah Long. Hati2 yer lepas ni. jaga kete abah baik2. Kasih ayah dan ibu membawa ke syurga. Aminnn insyaallah.