Assalamualaikum Dan Salam Blogger


Hai semua tahniah kerana anda membuat pilihan yang tepat kerana membuka laman saya ini atau lebih dikenali Menuju Satu Impian .
Nama saya Nur Zafirah Binti Musa dilahirkan 2/6/1987 di Hospital Jerantut dipendekkan cerita saya nie orang Jerantut Pahang.

Impian ku bukan nak jadi model atau penyanyi pun tapi sejak kecil aku sukakan populariti dan Glamour Gitu sebab itu selama 3 tahun nama FB ku dikenali dengan nama Datin Firah tapi kini FB ku dikenali Puteri Insfirah.

Kisah ini adalah kisah-kisah impian saya dari segi dugaan dan cabaran dan juga aktiviti harian saya....
Menuju satu impian hehhehee, kisah impian angan-angan dan rialiti dan azam menuju ke impian yang satu.

Pengikut

Ahad, 30 Disember 2012

PerlukaH AKu Kurus Baru LEh JAdi PopulaR.

Inilah kereta kesayangan ku Viva Aka Diva untuk ku ...

Impian ku bukan nak jadi model atau penyanyi pun tapi sejak kecil aku sukakan populariti dan Glamour Gitu sebab itu selama 3 tahun nama FB ku dikenali dengan nama Datin Firah tapi kini FB ku dikenali Puteri Insfirah....Ops Impian dulu nak pakai kete Inspira.... ahaksss tapi setakat ni mampu pakai Viva sahaja dulu ...tapi ok apa ...Viva Aka Diva sesuai lah untuk aku  ahakssss bagi diriku tidak perlu aku memikat seorang datuk baru boleh ku pakai Gelaran Datin ... ahakssss... 
Kereta Inspira kereta impian sebelum dapat viva comei.. tapi aku gunakan nama FB aku Puteri Insfirah ...
Sejak dari kecik ku suka rancangan yg boleh ku bercoloteh bagaikan diva dan berposing bagaikan pemaisuri  gitu, aku membesar di zaman cerita kartun SAILORMOON berpusing dengan gaunnya... mungkin ada yang masih ingat, impian ku hingga kini aku nak jadi tuan puteri yang sentiasa dengan gaun cantik untuk kemana juga.

Ku dibesarkan dengan makanan yang penuh khasiat dan selera yang sangat memberangsangkan dan aku menjadi seorang puteri yang sangat comei(hehehehe perasan ).
Keletah ku didalam dunia populariti bermula di zaman tadika, mengeletik nak masuk nasyid... tapi adoi dapat berdiri barisan belakang jek , hehehe tapi ok lah tu kan2 ,

Masuk sekolah menengah .....wah dunia diva ku bermula, ahaksss, tapi diva skema beb hehhee....pantun ke puisi , ke syair ke semua itu aku yang punya ....hehehe.... kalo aku masuk nyayian nanti kesian pulak kawan2 aku dalam bidang nyayian ...hehhee....(padahal suara x sedap).

Saat yang tidak dapat ku lupakan, dunia pupulariti ku di Kolej Profesional Mara Kuantan(KPM), aku dikehendaki bersajak Hari Kebangsaan , paling popular sebab , aku dikehendaki berdiri seorang diri diatas pentas yang cukup tinggi dan besar dan semua lampu ditutup dan sportling yg sungguh terang ditumpukan pada diriku seorang . Nak dijadikan cerita bertambah popular sebab aku lupa lah sajak tu , kertas ada dalam poket nie, gemuruh sangat hehehe, tapi aku tekad aku tak mahu buka kertas tersebut sebab kelemahan ku bila pegang kertas ketika berucap akan terserlah bila memegang kertas, kertas nampak bergetar2 weh....tapi ku tenangkan hati selawat dan tarik nafas, syukur kawan-kawan bagi tepukan dan ku tenang dan akhirnya ku berjaya membaca sajak dengan lebih penuh bersemangat dan intonasi yg mengegarkan dewan dan mendapat tepukan gemuruh diakhir sajak ku.(walaupun aku tau sajak tu lupa lirik-hehehe yang penting gaya tu ada, hahahah).

Tapi sejak ku menjejakkan kaki ke politeknik aku kurang terserlah mungkin terlalu ramai pesaingku hehehe, dan aku pulak makin hari semakin tembam , hehe al-maklum aku sambung pengajian dalam bidang Hotel Katering, jadi ku comei dengan makanan hehehee..... 


Inilah saya dizaman Politeknik Johor Bharu , semakin hari semakin sihat hehehe.

Semakin HAri semakin tembam , keyakinan diri sedikit demi sedikit merundung, akhirnya ku memendam rasa dalam Impian Ku menjadi Popular seperti Diva. 

Lemak ku terkumpul menjadikan ku seorang yang sangat comei, hehehe... 

Selepas ini boleh ikuti kisahku bagaimana dunia populariti ku bermula dengan kehidupan seorang yang sungguh comei bersama dengan lemak-lemak istimewa... 

Isnin, 24 Disember 2012

Ops Sikap KegemuKan Ku










































Hidupku Ibarattttttttttt DUM DUm DUm....
Apa dah jadi nie.... 
Ku rasa perlu lakukan sesuatu demi perut kesayanganku .

Segala cara ku lakukan, dari kaedah 
A-D tapi x ku berjaya akhirnya ku didatanggi oleh seorang

Mak CIk .... yang KONON2 nya , nak bagi cuba baju magic katanya.... magic lah sangat kononnya......
tapi aku nie suka je org nak bagi try hahaha
layankan jek ,tapi dalam hati , ye lah magic, tapi baik  cuba jek .... 
  
PErghhhhhhhhhhhh masa cuba aku menjerit satu umah sebab malu dan geli , habis lemak2 istimewa dinodai hahahahaha, tapi hanya 5 minit, keegoaan ku jaduh dum dum dangggg,
 sebab apa , memang betui lah magic,lemak aku hilang dah .... teruja habis aku dibuatnya.
Aku mencari baju aku yg dipakai selama ini nampak buncit tapi sangat teruja segalanya telah tersorok ...alamak ini baru pakai sekejap...kalo aku pakai hari2 mesti aku leh jadi sailoman (hehhehe perasan terus).

Tapi datang lagi satu perasan....Mak cik weh mana lah anakda mampu nak pakai benda nii (nak menyebut nama pun dok reti lagi masa nie).... Mak cik nie pun citer punya citer lah upanya murah jek aku kena bayor adoi ingatkan mahal sangat lega tapi buat releks jek otak kira2...bagus jugak nie.....aku pun setuju.... hehehehehe.....

Tanggal 24.6. 2012 seperti gambar diatas...ku berjaya pakai baju yang sama tapi perut ku dah kempis.....adoiiii love u lah baju magic..... kini keyakinan ku semakin hari semakin tinggi .... kawan-kawan leh ikuti perkembangan diriku dan lemak ku selepas ini.....