Assalamualaikum Dan Salam Blogger


Hai semua tahniah kerana anda membuat pilihan yang tepat kerana membuka laman saya ini atau lebih dikenali Menuju Satu Impian .
Nama saya Nur Zafirah Binti Musa dilahirkan 2/6/1987 di Hospital Jerantut dipendekkan cerita saya nie orang Jerantut Pahang.

Impian ku bukan nak jadi model atau penyanyi pun tapi sejak kecil aku sukakan populariti dan Glamour Gitu sebab itu selama 3 tahun nama FB ku dikenali dengan nama Datin Firah tapi kini FB ku dikenali Puteri Insfirah.

Kisah ini adalah kisah-kisah impian saya dari segi dugaan dan cabaran dan juga aktiviti harian saya....
Menuju satu impian hehhehee, kisah impian angan-angan dan rialiti dan azam menuju ke impian yang satu.

Pengikut

Selasa, 15 Januari 2013

Kisah Burger, Kek , Ayam Dalam hidupku.

Sumber Gambar Dari Yahoo.
Kali ini kisah aku berkaitan dengan  burger , kek dan ayam satu ketika dahulu. Sejak dari kecik aku sekeluarga memang tidak dapat dipisahkan dengan ayan , sebut jenis ayam pun aku tau...Ayam Kampung , Ayam Belanda, Ayam Israil Ayam Bandar, Ayam Katik...mcm2lah lah .... macam lagu Ayam.

Tapi sejak masuk sekolah rendah minat bertambah kepada Kek , sedapnya.nyum nyum.... yang bestnya asal merajuk je , kayuh basikal pergi kedai kek... heheh dulu kek murah je... RM 1.00 sahaja untuk satu slice hehehe......  jadi kalo merajuk mak dah tau nak pujuk mcm mana hehehe... jadi tidak rugi merajuk . 

Bila dan semakin membesar aku mula pula makan burger...wahhhhh sedapnya...plus dengan mayonise, black paper sedapnya.Nyum-nyum asal malam je lapo lagi cari burger. 

Akhirnya berat makin lama makin bertambah dan kini beratku mencecah 80 kg , adoiiiiii . Aku nak makan ubat diet heheheh boleh tapi lagi aku makan ... DARAH RENDAH . So dari aku pengsan  baik lah aku makan macam biasa. Tapi sejak kebelakangan ini ku mula sedar. Syukur alhamdulillah. 

Sama-samalah kita baca info terbaik di bawah .




Penggunaan bahan pengawet dalam makanan segera banyak memberi kesan buruk terhadap kesihatan kita. Makanan segera menggunakan bahan pengawet dalam kuantiti yang tinggi kerana ia diproses dan diawet untuk memastikannya tahan lama. Selain itu, kandungan lemak dalam makanan segera juga lebih tinggi berbanding bahan mentah biasa. Memakan makanan segera dalam kuantiti tidak terkawal akan mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit seperti:
a) Kerosakan gigi
b) Sembelit
c) Tekanan darah tinggi
d) Pembuluh darah tersumbat
e) Obesiti
f) Kenaikan tahap kolesterol



Jenis makanan: Burger daging (1/2 paun)
Kandungan sebenar: Ia mengandungi 2 auns lemak tulen. Turut membekalkan protein, zat besi, dan vitamin B12. Kandungan serat yang sedikit tetapi banyak bahan penambah kimia.

Jenis makanan: Ayam Goreng
Kandungan Sebenar: Tinggi kandungan lemak (60 peratus kalori diperolehi dari lemak). Kandungan garamnya juga tinggi. Namun ia turut membekalkan protein, niasin, dan vitamin B6. Tepung yang dijadikan bahan salutannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Jenis makanan: Susu Kocak
Kandungan sebenar: 5 aun susu dalam 10 aun minuman ini telah bercampur dengan udara dan air. Proses menghasilkan susu kocak memerlukan bahan pekatan kimia, penstabil, dan pengawet. Ia turut mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu kaya dengan kalsium dan protein, tetapi kandungan gula dalam susu kocak adalah sebanyak lapan sudu teh gula bagi bekas bersaiz sederhana.

Jenis makanan: Kentang Goreng
Kandungan sebenar: Seperti yang diketahui ramai, ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Keburukan makanan ini adalah ia mengandungi lemak dan kandungan garam yang tinggi. Warna keemasannya pula disebabkan penggunaan warna tiruan.

Jenis makanan: Minuman Cola
Kandungan sebenar: Kaya dengan kandungan gula (sebuah bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula), pewarna kimia dan kafein. Minuman ini tidak mempunyai sebarang zat.


(Sumber Maklumat diperlorehi dari http://myfoodtech.blogspot.com)

Akhinya ... ku menjadi gemuk sebab usuku telah jadi begini : 


Sumber Yahoo

Contoh Usus Bermasalah Yang Penuh Toksid

Akan Datang Saya akan kongsikan Kisah Gemuk Dan Usus Bertoksid.


3 ulasan:

nea lopah berkata...

good info..thanks 4 sharing!

..:::FIRDAUS@HUDA::.. berkata...

jd kita makanlah utk sihat....bukan utk sakit.... jgn plak xmkan....

Datin Firah berkata...

ooooo makann...tau semua